Jumaat, 6 Mei 2011

Tetiba Terajin...

Hahaha nak dekat 1/2 tahun x update sorry arr terbusy la.lagipun kemalasan tahap gaban.
anyway just nak share new stories about my family...
1.Yang ayah masuk TV 
2.Yang anak masuk Paper.
3.Yang ngah cbuk update ni masuk angin Keluar kentut arr...Klu asap tue keta...hahahaha...

1.Yang ayah masuk TV sbb sibuk ngan Dunia Politiknya selain dari zaman muda dulu ngan Bola..

*maaf  audio visual kurang bagus~Tuan badan record sendiri

2. Yang anak masuk Paper KOSMO-Isnin 2 Mei..Walaupun tak menang at least bangga jugak sebab aboy yang sedia tahu kurang dalam akedemik dan tiada basic dalam automobil mampu bersaing hebat dengan perserta yang mahor..Tahniah..Belajar rerajin jangan nak dok SMS amoi jer..

150 berentap tunjuk kemahiran dalam bidang automobil

SEBAHAGIAN daripada peserta melakukan pengukuran enjin kereta pada Pertandingan Kemahiran Malaysia-Teknologi Automobil kali ke-20 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.



BERSAING. Seramai 150 peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)- Teknologi Automobil kali ke-20 berentap menunjukkan kemahiran membuka dan memasang enjin kereta jenis Campro di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar baru-baru ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Zainal Rahim Seman berkata, PKM yang diadakan setiap tahun itu merupakan platform untuk mengiktiraf pelatih dan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang automobil.
"Selain itu, pertandingan seperti ini juga mampu meningkatkan kebolehan mereka agar setanding dengan tahap kemahiran di peringkat ASEAN dan dunia," katanya.
Pemenang pingat emas menerima wang tunai RM5,000, sijil dan pingat, pemenang pingat perak memperoleh RM2,500, sijil dan pingat, manakala pemenang pingat gangsa menerima RM1,500, sijil dan pingat.
Para pemenang PKM peringkat akhir akan dipilih untuk mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN pada September tahun hadapan dan seterusnya Pertandingan Kemahiran Sedunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan